Telco ambil kesempatan caj SST walaupun sudah diberi taklimat?

Share Button

Arahan sudah diberikan jelas supaya ia tidak dikenakan cukai perkhidmatan (SST) tetapi mereka degil dan cuba ambil peluang.

Itulah gambaran kepada syarikat telekomunikasi di Malaysia yang cuba mengambil kesempatan mengenakan SST meskipun telah diberitahu sebaliknya.

Sama ada menolak 60 sen atau menaikkannya kepada 60 sen dengan nilai sedia ada, taktik tersebut dilakukan bermula tarikh SST dikuatkuasakan.

Sebagai contoh, tambah nilai RM10 seharusnya bernilai RM10 tetapi ada yang mengenakan caj RM10.60 atau RM9.40 walaupun ia patut kekal bernilai RM10.

Ada jurujual yang berkata mungkin ia kekeliruan tapi mendapat arahan majikan untuk berbuat demikian.

“Saya top up RM30 dan penjual kata kena SST jadi kena bayar RM31.80. Saya soal semula dan nyatakan sejak bila tambah nilai kena SST? Mereka hanya jawab, ia adalah arahan bos, ” kata pengguna sebuah telco ketika ditemui di Kuala Lumpur.

“Saya tak tahu, kena ikut arahan,” jawapan ringkas eksekutif jualan ketika ditanya TheSkop di stor rasmi telco di sebuah pusat beli belah.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia memandang serius perkara ini dan sudah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan tegas.

“Kita sudah panjangkan hal ini dan telah memaklumkan kepada SKMM,” kata menterinya, Gobind Singh.

Apa komen anda?