Steve Jobs Theater lokasi keramat iPhone

Share Button

Lebih 2,000 media membanjiri Steve Jobs Theater di Cupertino, Amerika Syarikat sempena pelancaran iPhone yang berlangsung sekarang dengan tiga model khabarnya akan diperkenalkan.

Dibawa masuk ketika jam menghampiri 9.20 pagi waktu tempatan meskipun acara hanya bermula jam 10 pagi (1 pagi waktu Malaysia), Apple menyediakan ratusan staf yang membantu melancarkan perjalanan sejak media mula menghampiri Steve Jobs Theater yang terletak kira-kira 200 meter dari Apple Campus.

Apple kini mencari rentak baru setelah kematian Steve Jobs dan ia mula mempunyai kekuatan tersendiri selepas pelancaran iPhone X tahun lepas.

iPhone X yang mempunyai keupayaan dalam skrin dan kamera akan menjadi penanda aras untuk Apple pada tahun dengan model-model yang dikeluarkan akan mempunyai ciri hampir sama sempena iPhone X tersebut.

TheSkop yang kini berada dalam teater akan mengemaskini liputan dengan tiga model yang katanya dinamakana iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

Apa komen anda?