Sony memperkenalkan Sistem Home Theatre 5.1 Channel Soundbar HT-S700RF dan HT-S500RF

Share Button

Dengan gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah-ubah, pasaran Home Theatre di Asia menyaksikan perubahan besar dalam mewujudkan permintaan terhadap produk itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Komited untuk memenuhi permintaan dinamik itu, Sony semalam telah memperkenalkan sistem Home Theatre terbarunya iaitu HT-S700RF dan HT-S500RF.

Kedua-duanya didatangkan dengan bunyi bass dan vokal yang kuat serta jelas. Rekaannya yang unik menggunakan komponen premium dan berkualiti tinggi, secara tidak langsung mampu memberikan lebih penggayaan kepada ruang tamu anda.

Sistem bunyi sekeliling saluran 5.1 terbaru itu menawarkan pengalaman audio menakjubkan dengan memberikan 1000W kuasa output menggunakan tweeter dan gril bukaan apertur yang tinggi. Pengguna dapat merasai pengalaman bunyi sekeliling berkuasa tinggi tanpa perlu mengganggu skrin setup televisyen.

HDMI (High-Definition Multimedia Interface) yang terdapat pada HT-S700RF dan HT-S500RF menjadikan sistem itu sangat mudah dan bersih.

Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana tidak dapat mendengar muzik kegemaran menerusi telefon bimbit kerana anda boleh menstrimkan muzik dengan bantuan Bluetooth.

Lebih menarik lagi, muzik boleh dilayari dari tempat yang jauh dengan mudah menerusi Aplikasi Music Center tanpa melihat monitor. Seseorang juga dengan mudah melayari semua kandungan muzik yang terdapat dalam pemacu USB dari mana-mana sudut bilik – terima kasih kepada sambungan mudah alih telefon pintar menggnakan Aplikasi Music Center dalam HT-S700RF dan HT-S500RF.

HT-S700RF akan berada dalam pasaran Malaysia pada 8 Oktober ini, manakala HT-S500RF boleh didapati di kedai Sony di KLCC dan The Curve serta pengedar sah Sony dengan harga RM1,699.

Apa komen anda?