Samsung Galaxy Note9, kamera terbaik ketika dalam gelap

Share Button

Perlukah kami bercakap soal kamera apabila ia membabitkan Samsung Galaxy Note9? Dwilensa baru sememangnya hebat. Terdapat bukaan apertur jenis f1.5 hingga f2.4 pada resolusi 12MP bagi keduanya.

Ia bermakna, anda boleh memperoleh gambar `depth of field’ yang cantik, foto terperinci, fotografi pada pencahayaan rendah serta imej tanpa kabur tidak kira anda dalam bilik yang gelap, berparti atau majlis makan malam, majlis kahwin malam, konsert atau majlis barbeku.

Setiap imej akan diproses secara AI apabila ia akan mengesan sehingga 20 jenis objek dirakam termasuk gambar binatang, manusia, makanan, teks, langit, pantai, mod malam, terbit matahari dan potret kemudian `mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakanakan hidup.

Ciri AI Swafoto pula mengesan bokeh secara terperinci dan menghasilkan potret lebih baik meskipun terdapat lebih daripada seorang dalam imej.

Lensa terbaru dengan zum optikal 2x menjadi fungsi lensa telefoto pada kamera Samsung Galaxy Note9 ini.

Apa komen anda?