Prestasi laju Samsung Galaxy Note9

Share Button

Prestasi telefon yang mengagumkan datang dalam Samsung Galaxy Note 9.

Ia dikuasakan prosesori dengan bahan pembuatan sangat kecil 10nm namun berupaya mengoptimumkan prestasi CPU dan GPU menjadikan Note9 beroperasi pantas tanpa menghabiskan bateri anda terlalu cepat.

Samsung turut memperkenalkan ciri baru sempena penambahbaikan sebanyak 55% pada CPU dan 23% pada GPU berbanding model lama sekiranya anda mendapatkan model 8GB+512GB.

Ia juga akan menentukan sekiranya pengguna mahu mengoptimumkan kecerahan, penjimatan bateri atau menutup sebarang notifikasi sekiranya sedang bermain game.

Note9 mempunyai lebih evolusi kemas meskipun pelbagai aktiviti skrin wujud.

Skrin home dan kunci yang boleh diubah mengikut citarasa anda pasti memberi kelebihan tersendiri ditambah pula gabungan bersama OS Android 8 memang menawan.

Manfaat CPU dan GPU baru Samsung juga menjadikan masa menggunakan telefon atau bermain game lebih lama mampu dicapai dengan tambahan keupayaan bateri 4000mAh pada Note9 ini.

Ia sangat berbeza dengan mana-mana Note terdahulu.

Malah, penggunaan kecerahan skrin maksimum pun tidak menjejaskan kapasiti bateri, selain tawaran mengecas pantas dengan menggunakan kabel atau tanpa wayar.

Apa komen anda?