Perbandingan si H dan si O

Share Button

Huawei Nova 3i. Kalau ditanya kepada Sam fon mana yang patut ada dalam tangan anda bagi harga bajet, mungkin Huawei Nova 3i jawapan paling sesuai. Ia berdasarkan telefon peringkat pertengahan dengan jumlah kamera, ROM dan kelajuan yang agak baik bagi kelasnya.

Dibandingkan dengan Oppo F9, ia mungkin mempunyai kelebihan kerana empat kamera (dua di depan dan dua lagi di belakang) yang menarik minat pengguna sebaik saja ia berada di rak jualan.

RAM 4GB dan ROM 128GB menjadi nadi kepada Huawei Nova 3i ini kerana ia sangat besar bagi kategori tersebut.

Perbezaan?

Huawei Nova 3i dijual pada harga RM1,299 sekarang, harga menarik dibandingkan dengan Oppo F9 (RM1,399).

Bagi kategori prosesor pula, setiap fon mempunyai kuasa dalaman yang cukup untuk aktiviti yang kita lakukan setiap hari seperti menonton video, melayari rangkaian sosial dan bermain game yang bersaiz sederhana bukan masalah.

Huawei Nova 3i mempunyai prosesor pertengahan Kirin 710 octa-core yang mempunyai kelajuan 2.2GHz+1.7GHz berbanding F9 yang berkelajuan 2.0GHz+2.0GHz. Sehingga kini, maklum balas pengguna tentang kelancarannya agak bagus.

Lagipun, prosesor ini juga cermat AI dan pembangunan teknologi semakin berkembang setiap hari jadi imej anda akan diproses menggunakan Kirin 710 yang laju berbanding satu lagi fon.

Agak kasihan melihatkan pengguna yang mahukan paparan FullView pada fon mereka, tapi kekangan bajet memang menyebabkan kekecewaan.

Kini, ia bukan lagi masalah dan dua-dua fon ini mempunyai skrin yang mengagumkan dan panel depan masing-masing cukup bagus.

Huawei Nova 3i mempunyai skrin 6.3 inci HD 1080 x 2340 manakala Oppo F9 pun sama. Sudah pasti, notch yang ada membantu pada saiz skrin yang meluaskan skrin tersebut untuk sudut pandang lebih besar.
 
Nova 3i mempunyai badan aluminium 7.6mm dan warna biru menjadi pilihan manakala berat 169g tidak berat dan ia 5g lebih ringan berbanding iPhone X (174g). Oppo F9 lebih tebal (8mm) dengan berat sama,

Tiada lagi kamera yang mengecewakan apabila anda mempunyai fon kelas pertengahan apabila ia juga sesuai untuk persekitaran kurang pencahayaan dan mengelakkan imej kabur.

Nova 3i kekal menjadi nadi dalam kategori ini dengan 4 kamera. Sejumlah 16MP+2MP di belakang dan 24MP+2MP di depan ditambah kesan bokeh yang boleh diaktifkan ketika menggunakan kamera depan memang menarik.

Lagipun bagi penggemar swafoto, anda tidak akan kecewa dengan pencahayaan apabila Nova 3 dilengkapi Selfie Toning Flash yang menukar cahaya bergantung pada wajah dan skrin sendiri secara automatik.

Pada AI Selfie juga, ia akan mengesan objek seperti langit biru, pantai, tumbuhan, bunga, salji, persembahan pentas, malam dan bilik jadi tak perlulah sunting sini-sana untuk swafoto yang sempurna, hanya satu klik untuk Nova 3, kan senang tu.

Oppo F9 mempunyai kamera belakang 16MP+2MP manakala kamera depan pula 25MP.

Dengan skrin definisi tinggi, pastinya anda risau mengenai penggunaan bateri. Berapa lama fon boleh bertahan tanpa perlu dicas semula atau dipasang dengan powerbank? Tiada jawapan yang tepat bagi soalan ini.

Ia bergantung kepada tabiat yang pengguna sendiri tentukan dan sama ada perisiannya cukup baik mengoptimumkan operasi. Dari aspek kapasiti bateri, kedua model fon ini mempunyai 3000mAh atau lebih.

Oppo F9 (3500mAh) yang juga paling besar manakala Huawei Nova 3i mempunyai bateri berkapasiti 3340mAh.

Tapi dalam perkara ini, Huawei Nova 3i mempunyai AI Power Management bermakna anda memperoleh jangka hayat bateri lama kerana ia menyusun dengan mengoptimumkan bateri kepada penggunanya jadi anda boleh memakainya seharian.

Berdasarkan reviu positif, penggunaan bateri yang dioptimumkan bersama EMUI memungkinkan penggunaan sepanjang hari. Lagipun anda memperoleh storan sehingga 128GB yang jauh berbeza dengan F9 iaitu 64GB. Jadi, bolehlah anda berswafoto tanpa henti tanpa perlu risau dengan kapasiti storan yang besar.

Huawei Nova 3i menjadi telefon paling berbaloi dengan harga hanya RM1,249 dengan konfigurasi hebat.

Siapa kata fon peringkat pertengahan tidak bagus? Boleh saja beli 3i berharga RM1,299 yang mempunyai kelebihan daripada aspek dua kamera depan, keupayaan bateri dengan AI Power Management serta storan besar iaitu 128GB jika dibandingkan dengan pesaing.

Bagi yang minat membeli, anda boleh layari shop.huawei.com/my untuk Nova3 dan Nova3i.

Apa komen anda?