Pengerusi baru SKMM, Al-Ishsal akan diingati dengan video ini

Share Button

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Bhd, Al-Ishsal Ishak dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang baru.

Dalam aspek teknologi beliau pernah menjadi bendahari jawatankuasa penaja Persatuan Multimedia Interaktif Malaysia (IMA Malaysia) pada 1996, Presiden dan Ketua Eksekutif NeuroNet, (Malaysia) Sdn Bhd, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan bekas ahli Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC)

Untuk tempoh dua tahun, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia dan biasiswa Japan Airlines di Sophia University, Tokyo ini akan mengepalai kerusi panas yang dilepaskan Datuk Seri Dr Halim Shafie.

Sudah pasti, Al-Ishsal akan diingati kerana video tenang beliau menangani isu tular Pos Malaysia di Kedah beberapa bulan lepas. Saksikan ulangan video di bawah:

 

Apa komen anda?