Pengasas Instagram letak jawatan

Share Button

Berpatah arang, atau mahu pencen awal? New York Times melaporkan pengasas Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger sudah pun meletak jawatan dan bercadang untuk meninggalkan syarikat teknologi perkongsian gambar itu.

Ini dikatakan bakal menggusarkan syarikat induknya, Facebook. Tidak pula dinyatakan mengapa perletakan jawatan itu berlaku, yang diketahui, Systrom dan Krieger akan bercuti buat sementara selepas meninggalkan Instagram.

Instagram kini memiliki lebih 1 bilion pengguna. Kepergian mereka menimbulkan tanda tanya terhadap masa depan platform itu memandangkan Facebook sendiri sedang melalui era krisis, di mana begitu ramai mengecam syarikat biru itu kerana isu data pengguna.

Instagram yang dibeli oleh Facebook pada 2012, dua tahun selepas pelancaran asal platform itu, dilihat sebagai langkah Facebook yang paling berjaya selain Whatsapp.

Systrom yang juga pernah memulakan Photo Box merupakan lulusan Stanford. Dia pernah dipujuk oleh Mark Zuckerberg supaya tinggalkan saja universiti dan ikut saja dia mulakan Facebook. Namun Systrom menolak dan menghabiskan pengajiannya.

Krieger pula seorang jurutera perisian dari Brazil yang rajin memberi khidmat masyarakat melalui organisasi kebajikan, GiveWell.

Sumber gambar: NYT

Apa komen anda?