Pembentangan hanya dengan Samsung Galaxy Note9, tak terganggu

Share Button

Samsung Galaxy Note 9 kali ini tidak lengkap tanpa S Pen yang hebat. Ia berkembang dengan pelbagai fungsi dan kelebihan seperti berupaya menjadi pengawal atau butang shutter kepada kamera jika ia diletakkan sejauh 10 meter sekali pun.

Untuk mengecas S Pen pula, hanya cukup dengan masukkan kembali ke slot dalam telefon selama 30 saat.

Dengan sokongan Bluetooth Low-Energy (BLE), S Pen baharu itu berkeupayaan untuk menyampaikan cara baru dalam mengendalikan Note9.

S Pen terus diperbaharui fungsi, sebelum ini ia hanya melakukan catatan dan melukis tapi sekaranganda juga boleh menggunakannya untuk mengawal pembentangan anda.

Hanya dengan sambungan bluetooth, S Pen kini turut boleh menjadi pengawal pembentangan anda. Ia selepas anda melalui sambungan fail ke TV besar atau monitor atau mana-mana skrin lain.

Tap sekali pada S Pen untuk ke slaid berikutnya atau dua tap untuk slaid sebelum, ia sangat berguna untuk Microsoft PowerPoint.

Malah ketika pembentangan, orang lain pun boleh memuatkan komen atau menukar/mengubah slaid tersebut pada masa yang sama.

Lebih menarik, ketika seseorang sedang membentangkan video sekalipun, ia boleh mengambil nota menggunakan Note9 yang sedang strim kandungan ke skrin tersebut.

Apa komen anda?