Mod Pro dalam Samsung Galaxy Note9

Share Button

Untuk menjadi jurugambar dengan bantuan fon yang lebih cantik bukannya susah, dengan Samsung Galaxy Note9 anda boleh realisasikannya.

Gunakan mod profesional untuk melakukannya. Bagi mengaktifkan mod tersebut, klik pada kamera dan cari ikon Pro Mode.

Pro Mode meletakkan kawalan di tangan anda supaya anda mendapat imej yang sangat anda inginkan.

Melaraskan tetapan secara manual seperti ISO, kelajuan shutter dan pendedahan atau expose, anda boleh pilih gaya anda sendiri.

Selain itu, terdapat filter atau laraskan tetapan imbangan putih (white balance) untuk memenuhi pencahayaan yang berlainan.

Cuba tetapan yang berbeza dan lihat pratonton rakaman anda untuk mendapatkan visual yang anda mahukan.

Apa komen anda?