MatDanGadgetMan: Samsung Galaxy Note9 dengan storan besar

Oleh MatDanGadgetman

Baru-baru ini MDGM sempatlah memegang sebuah telefon, Samsung Galaxy Note9. Memang itu yang saya tunggu-tunggu sangat dengan pelbagai ‘hype’ yang menarik tentang telefon ini jadi bila memegangnya sendiri memang terbaiklah.

Salah satu yang saya suka adalah sejarah baru apabila Samsung mencatat sejarah sebagai telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai slot dalaman 512GB di samping slot kad microSD menjangkau 1TB dengan model Galaxy Note9.

Selain 512GB, ada jugalah storan 128GB yang sebenarnya sudah cukup baik untuk tiga tujuan yang saya tahu penting iaitu menyimpan foto, gambar dan pelbagai aplikasi.

Lagi diperlukan, zaman sekarang memerlukan storan yang besar apabila kita sendiri mula menyimpan video yang mengandungi memori kita, misalnya ketika Hari Merdeka baru-baru ini banyak video yang kita rakam di acara-acara yang dihadiri.

Kemudian, ada pula majlis hari jadi, majlis kenduri dan macam-macam lagi yang memerlukan banyak storan dan gabungan kamera terbaik. Itulah yang ada pada Samsung Galaxy Note9.

Tambahan pula, storan besar inilah yang diperlukan kalau anda seorang yang rajin menyimpan ‘offline’ video drama siri atau filem kegemaran anda.

Contohnya, kalau pakai 10 aplikasi anda sudah perlukan kira-kira 20GB, gambar pula, katakan 1.5MB satu gambar, dah berapa banyak storan diperlukan.

Sebab itu storan besar sangat penting.

Galaxy Note9 secara rasmi akan dijual di Malaysia pada harga RM4,699 (8GB+512GB) dan RM3,699 (6GB+256GB).

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: