Jurugambar, sila ambil perhatian dengan kad SD paling lasak di dunia

Share Button

Sony mengumumkan inovasi terbaru dalam kategori media storan dengan pelancaran kad memori SD UHS-II siri SF-G TOUGH.

Kad memori ini dikatakan mempunyai kelajuan membaca dan menulis terpantas di dunia, selain reka bentuknya yang tahan lasak dan kalis air.

Ia juga mempunyai kadar ketahanan sehingga lebih 18 kali ganda berbanding kad memori biasa, di samping terlindung daripada kerosakan fizikal biasa yang mampu menjejaskan kad berkenaan.

Kad memori itu sepenuhnya dilitupi dengan struktur acuan bagi memastikan tiada air, habuk atau kotoran masuk ke dalam kad, selain memenuhi gred tertinggi kalis air IPX8.

Ciri lain yang turut terdapat pada kad memori itu termasuk antistatik, kalis x-ray, kalis suhu, kalis magnet dan mengandungi kawalan UV.

Dengan tawaran yang diberikan ini, ia dijangka mampu memberikan kepuasan dan ketenangan kepada jurugambar selain tidak risau gambar serta media yang dirakam rosak atau hilang.

Kad memori SD UHS-II siri SF-G TOUGH ini boleh didapati dalam pelbagai kapasiti seperti 32GB, 64GB serta 128GB dan akan dilancarkan di Asia pada Oktober ini.

Apa komen anda?