iPhone XR kejutan Apple, adakah ia murah? Ganti iPhone 8 Plus

Share Button

Apple melancarkan sebuah lagi telefon, iPhone XR yang mempunyai keunikan warna dengan saiz berbeza.

Ia datang dengan warna biru, merah, kuning, putih, emas dan hitam.

iPhone XR datang dengan skrin edge to edge dan paling lasak. Selain itu, ia adalah IP67 dikuasakan A12 Bionic dengan cip 7nm dan 6.9 bilion transistor.

6 core CPU dan 4 core GPU yang menyediakan prestasi dua kali lebih baik berbanding iPhone dulu. GPU juga 50% lebih baik grafiknya berbanding A11.

Ia juga mempunyai paparan 6.1 inci dengan Liquid Retina (paparan jenis LCD).

Face ID menjadi nadi untuk iPhone XR ini dengan Haptic Touch juga diperkenalkan iaitu tekan lama untuk aktifkan kamera.

Tiada butang ‘home’ dan akses kepada fon terus menggunakan Face ID iaitu pengesan wajah antara ciri dalam model ini dengan 8 core pembelajaran mesin yang mengoperasi kan 5 trilion operasi pada fon ini

Ia menggunakan teknologi kamera inframerah dengan rangkaian ‘neural’ manakala data tidak akan disimpan di sistem pelayan.

Model iPhone XR juga ditawarkan pada storan sehingga 512GB dengan boleh menyimpan 5000 foto pada satu masa.

iPhone ini menggunakan paparan LCD yang menyokong HDR dalam Dolby Vision serta HDR10.

Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala kamera utama 12 megapiksel f/1.8 menjadikan imej lebih cantik.

Kamera juga diperkenalkan dengan prosesor isyarat imej dengan bacaan neural. Ia juga mempunyai Smart HDR dengan ‘zero shutter lag’ di mana lapan frame pada satu rakaman jadi gambar akan menjadi lebih cantik.

iPhone baru boleh merakam video dengan audio stereo.

Jangka hayat bateri untuk iPhone XR (satu jam setengah minit lama berbanding iPhone 8 Plus) selain juga mempunyai dwi SIM dengan sistem DSDS di mana ia juga teknologi eSIM.

Ia akan dijual pada harga anggaran bermula RM3,699, iPhone XR ditawarkan dengan kapasiti minimum 64GB, 128GB dan 512GB pada 17 Oktober untuk tempahan dengan kesediaan minggu berikutnya untuk pembelian.

Malaysia bukan negara pertama menerimanya dan hanya akan kekal sebagai fasa kedua bermula November.

 

 

 

Apa komen anda?