iPhone XR bukti Apple bukan lagi sasar golongan kaya

Share Button

Syarikat elektronik terkemuka dunia, Apple akan melancarkan telefon pintar dengan harga lebih mampu milik – setahun selepas membuat perubahan besar dengan mengeluarkan iPhone X yang lebih mahal pada bulan depan.

Dua daripada model itu, iPhone XS dan iPhone XS Max akan merangkumi ciri tambahan yang menarik.

Bagaimanapun, buat pertama kalinya, satu daripada ketiga-tiga model Apple itu mungkin lebih murah. Menurut Bloomberg, Apple memperkenalkan peranti yang kelihatan seperti iPhone X tetapi menggunakan komponen lebih murah seperti paparan LCD berbanding skrin OLED yang lebih canggih untuk mengurangkan kos.

Peranti yang mungkin dinamakan iPhone XR itu akan memaparkan pelbagai warna dan menggunakan sisi aluminium berbanding keluli tahan karat seperti iPhone X.

Selain itu, ia turut mempunyai skrin sebesar hampir 6.1 inci, iaitu lebih besar daripada iPhone 8 Plus.

Dengan pengeluaran model terbaru itu, Apple secara tidak langsung menunjukkan yang ia masih perlu melakukan lebih banyak perubahan daripada hanya menyasarkan golongan kaya.

iPhone X mungkin lebih popular, tetapi secara global, Apple mula nampak yang penguasaannya dalam pasaran semakin menurun apabila pelbagai jenama telefon pintar mampu milik seperti Huawei, OnePlus dan Xiaomi mula mendapat perhatian pembeli.

Mana tidaknya, ramai peminat Apple sebelum ini bergelut untuk mendapatkan model telefon pintar kegemaran mereka, iPhone X disebabkan harganya yang mencecah sehingga $999 (RM4,200).

Apa komen anda?