Huawei bawa artis

Share Button

HUAWEI baru-baru ini meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 bersama lebih 20,000 pengunjung yang hadir ke acara Festival Gegaria 2018 #KitaPunya bermula dari 31 Ogos hingga 1 September lalu.

Melalui kerjasama antara HUAWEI dan Media Prima, Konsert Kita Punya Malaysia diadakan di tapak tempat letak kereta Istana Kehakiman, Putrajaya yang menampilkan selebriti tempatan seperti Bunkface, Kugiran Masdo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir. Penganjuran konsert itu secara tidak langsung dilihat mampu menyatukan rakyat pelbagai bangsa.

Pada acara jelajah Trak HUAWEI nova Superstar, pengunjung diberi kesempatan menguji teknologi kecerdasan buatan (AI) HUAWEI nova 3 dan nova 3i, selain turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti popular seperti Ruhainies, Izzue Islam, Daler Yusof, Johan As’ari, Nabil Aqil, Wany Hasrita, Intan Najuwa, Zee Zainal dan Aliff Yasraff. Pengunjung juga diberi peluang untuk merakam gambar bersama selebriti kesayangan masing-masing menggunakan HUAWEI nova 3i.

Pengunjung juga berkesempatan mengambil bahagian dalam Cabaran Karaoke HUAWEI, permainan Water Pong dan juga aktiviti menarik lain, di mana mereka berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif seperti Penimbang Berat Badan HUAWEI, Pendrive The Voice, beg HUAWEI, rantai kunci Justice League dan banyak lagi.

Dengan menampilkan inovasi terbaru dunia fotografi AI, HUAWEI nova 3i memberikan anda lebih dari sekadar pengalaman swafoto. Selain itu mempunyai latar belakang yang interaktif, ia turut mewujudkan imej menyeronokkan yang boleh dikongsi di media sosial pada bila-bila masa atau mana-mana tempat yang layak untuk dimuat naik ke Instagram.

sdr

cof

Apa komen anda?