Honor Play ‘Player Edition’ mula dijual di Malaysia

Share Button

Dilancarkan baru-baru ini, Honor Play ‘Player Edition’ akan menemui pengguna pada 7 September ini.

Berharga RM1,299, Honor Play ‘Player Edition’ dijual di laman e-dagang Shopee dengan kesediaan alat kawalan Ipega 9087 dan kotak edisi bersama pelekat PUBG khas yang hanya boleh didapati secara online.

Honor Play ‘Player Edition’ mempunyai skrin 6.3 inci FullView dengan 19.5:9 skrin ke body selain lengkap EMUI 8.2.0 dan Android 8.1.

Ia akan dibekalkan dengan Huawei Kirin 970, octa-core (4 x Cortex A73 2.36 GHz + 4 x Cortez A53 1.8 GHz) RAM 4GB dan RAM 64GB.

Honor Play ‘Player Edition’ akan menggunakan GPU Turbo 4D Gaming dengan smart shock 3D bersama bateri 3750mAh.

Ia turut dilengkapi kamera 16MP f/2.0 di depan dan dwi kamera 16MP+2MP (f/2.2+f/2.4) di belakang.

Apa komen anda?