Gambar terbaik dengan Samsung Galaxy Note9

Rakaman foto dan video seperti biasa memang hebat dan cukup untuk kegunaan sebagai kamera harian ditambah pula gabungan bersama S Pen untuk tambahan Doodle pada mana-mana foto yang dirakam.

Selain itu, ia juga diperhebatkan dengan kamera pintar yang mampu mengesan sehingga 20 elemen dalam sesebuah gambar dirakam dan memberikan hasil fotografi yang dinamik dan warna jelas.

Gambar dirakam akan menghasilkan visual yang mempunyai warna bertepatan yang cantik seakan ia di depan mata anda sebelum ia dirakam.

Pewarnaan tepat tersebut membolehkan visual yang ‘sharp’ dan tidak malap atau membosankan.

Meskipun tidak dapat mencuba versi slot dalaman 512GB di samping slot kad microSD menjangkau 1TB dengan model Galaxy Note9, ia masih cukup dengan versi 6GB+128GB.

Note 9 dijual pada harga RM4,699 (8GB+512GB) dan RM3,699 (6GB+256GB).

Pujian pertama diberikan berdasarkan bateri 4000mAh yang cukup selesa digunakan seharian bagi tempoh lama dan aktif pula dengan pelbagai aktiviti seperti media sosial serta bermain game Fortnite.

Tidaklah panas bateri apabila bermain permainan bagi tempoh lama jadi penguji tidaklah begitu risau.

Tapi, paling ditunggu, S Pen yang terus menjadi nadi dengan fungsi ditambah Bluetooth untuk beberapa kegunaan seperti berupaya menjadi pengawal atau butang shutter kepada kamera jika ia diletakkan sejauh 10 meter sekali pun.

Itulah yang digunakan penguji, letakkan fon anda pada tripod dan gunakan S Pen sebagai alat kawalan untuk merakam wefie jadi tak perlu menekan butang `Timer’ atau berlari ke kumpulan untuk gambar bersama.

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=JEiyeLjjfLg