Gambar paling jelas menggunakan Samsung Galaxy Note9

Share Button

Kamera pintar dalam Samsung Galaxy Note 9, itulah yang disaksikan pada fon hangat pada masa sekarang.

Samsung Galaxy Note9 datang dengan dwi apertur yang merakam foto cantik pada mana-mana pencahayaan tidak kira siang atau malam dan di mana saja.

Jadi, ia fon paling best dimasukkan dalam poket memandangkan keupayaannya begitu baik. Lensa dwi apertur ini secara pintarnya mengesan persekitaran seperti mata manusia.

Ia kemudiannya akan memilih antara dua mod F. Pada mod f1.5, ia akan mencerahkan suasana ketika persekitarannya gelap.

Manakala dengan f2.4, ia akan membantu foto anda sharp dan dan jelas, sangat jelas.

Berdasarkan kamera 12 megapiksel pada kedua lensa dan terdapat Live Focus, ia tidak akan menjejasan imej meskipun anda sedang bergerak.

Malah, terdapat Scene Optimizer yang mengesan subjek ketika ia masuk dalam frame dengan 20 mod pilihan.

Apa komen anda?