Dua peranti ini akan lengkap dengan Kirin 980 yang 75% lebih berdesup

Share Button

Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro bakal menjadi peranti pertama Huawei yang dilengkapi prosesor baru Kirin 980.

Kirin 980 yang mempunyai cip dalam sistem dengan proses 7nm bakal membawa perubahan dalam kelajuan telefon bersama set kecerdasan pintar (AI).

Dilengkapi dengan CPU, GPU dan Dual NPU baru, Kirin 980 akan dipek bersama 6.9 bilion transistor iaitu 1.6 kali ganda lebih banyak berbanding Kirin 970 dilengkapi Cortex A76 core yang bermakna ia 75% lebih berkuasa dan 58% lebih efisien.

Cortex-A76 datang dengan dua core ditambah empat core pada Cortex-A55.

Ia juga dilengkapi modem pertama yang menyokong LTE Cat.21 yang berkelajuan muat turun sehigga 1.4Gbps.

Apa komen anda?