Bagaimana untuk manfaatkan S Pen dengan AR Emoji pada Samsung Galaxy Note9

Share Button

Buka Samsung Galaxy Note 9 anda dan cari Gallery pada menu.

Seperti ini, Gallery>Albums>My Emojis yang menyimpan semua AR Emoji yang anda rakamkan sebelum ini secara default dalam Galaxy Note9.

Kemudian, anda boleh klik pada AR Emoji yang anda mahu sunting dan klik pada ikon pensil yang kecil di kiri untuk mulakannya.

Menu akan mula keluar untuk beberapa pilihan seperti cipta GIF, merubah nisbah aspek, mainkannya ke depan atau ke belakang dan sunting.

Klik pada ikon paling bawah dan anda boleh pilih sama ada Draw atau tambah Sticker atau Text secara manual semuanya dengan S Pen anda.

Jadikan AR Emoji anda lebih kreatif hanya dengan S Pen.

Apa komen anda?