Apple lancar iPhone Xs, iPhone Xs Max

Share Button

Apple melancarkan dua telefon setakat ini, iPhone Xs dan iPhone Xs Max yang mempunyai keunikan warna dengan saiz berbeza.

iPhone Xs dan iPhone Xs Max

Warna emas dengan skrin edge to edge dan paling lasak. Selain itu, ia adalah IP68 dengan dua meter pada 30 minit. Malah, air masin juga boleh dibawa masuk.

Selain warna emas, ia juga ditawarkan dengan warna kelabu dan perak. Dikuasakan A12 Bionic dengan cip 7nm dan 6.9 bilion transistor.

6 core CPU dan 4 core GPU yang menyediakan prestasi dua kali lebih baik berbanding iPhone dulu. GPU juga 50% lebih baik grafiknya berbanding A11.

Produk paling bawah Apple ini mempunyai saiz 5.8 inci. Antara ciri baru diperkenalkan dengan paparan OLED.


Ia juga mempunyai audio Dolby dan dynamic range 60%. Audio stereo juga lebih menyeluruh.

Face ID menjadi nadi untuk iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

Dua saiz boleh didapati iaitu 5.8 dan 6.5 inci, 458ppi yang juga iPhone paling besar untuk Apple.

Tiada butang ‘home’ dan akses kepada fon terus menggunakan Face ID iaitu pengesan wajah antara ciri dalam model ini dengan 8 core pembelajaran mesin yang mengoperasi kan 5 trilion operasi pada fon ini

Ia menggunakan teknologi kamera inframerah dengan rangkaian ‘neural’ manakala data tidak akan disimpan di sistem pelayan.

Model iPhone Xs dan Xs Max juga ditawarkan pada storan sehingga 512GB dengan boleh menyimpan 5000 foto pada satu masa.

iPhone ini menggunakan paparan OLED yang menyokong HDR dalam Dolby Vision serta HDR10.

Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala kamera utama 12 megapiksel dan satu lagi juga 12 megapiksel.  Dwikamera dengan lensa f2.4 dan f/1.8 menjadikan imej lebih cantik.

Kamera juga diperkenalkan dengan prosesor isyarat imej dengan bacaan neural. Ia juga mempunyai Smart HDR dengan ‘zero shutter lag’ di mana lapan frame pada satu rakaman jadi gambar akan menjadi lebih cantik.

iPhone baru boleh merakam video dengan audio stereo.

Jangka hayat bateri untuk dua iPhone Xs (30 minit lama berbanding iPhone X) dan iPhone Xs Max (satu setengah jam lebih lama berbanding iPhone X).

iPhone Xs dan iPhone Xs Max juga mempunyai dwi SIM dengan sistem DSDS di mana ia juga teknologi eSIM.

Ia akan dijual pada harga anggaran bermula RM4,299, iPhone Xs dan Xs Max ditawarkan dengan kapasiti minimum 64GB, 128GB dan 512GB. Pra tempahan bermula pada 21 September dengan jualan bermula 27 September namun Malaysia bukan negara terawal memilikinya.

Apa komen anda?