Adakah Samsung Galaxy Note9 selamat?

Share Button

Jangan dikenang masa yang lepas, mesej jelas Samsung dalam model Galaxy Note9 ini apabila ia mempunyai 8-point pemeriksaan keselamatan bateri yang bermakna setiap peringkat diperiksa dengan teliti.

Ia membolehkan pelbagai ujian dijalankan bagi memastikan bateri boleh beroperasi dalam keadaan ekstrim sekalipun.

Bateri akan diuji dengan ekstrim dalam dan luar kemudian akan disemak dengan teliti oleh mesin X-ray dan tenaga manusia sendiri bagi kualitinya terjamin.

Antara ujian dilaksanakan dalam peringkat 8 point ini termasuk frekuenci ujian bateri yang berperingkat-peringkat termasuk ujian bateri ketika ia melebihi tempoh cas.

Lapisan bateri pun diperiksa dan bukan saja bahagian dalaman bateri tersebut bagi memastikan kulit luarnya cukup melindungi.

Ujian mengecas dan ujian kabel dicabut daripada Samsung Galaxy Note9 ini. Ujian berskala besar dilakukan.

Kemudian, terdapat ujian TVOC di mana ia memastikan tiada kebocoran dalam komponen bateri dan Note9 secara keseluruhan.

Kesemua senario penggunaan di kalangan pengguna juga dilakukan jadi kebanyakan cara penggunaan dikenalpasti dan ia diadaptasikan dalam bateri yang memastikan fon boleh beroperasi dengan sempurna dengan mengambil kira mana-mana persekitaran.

Apa komen anda?