Apple Watch Series 4, jam pintar paling utama di dunia

Share Button

Apple Watch adalah jam pintar utama di dunia. Itulah yang dinyatakan Apple sempena acara di Steve Jobs Theater di Amerika Syarikat.

Dengan saiz lebih besar, 40mm dan 44mm dengan antaramuka baru seperti jam yang mempunyai zon masa berbeza atau jenis aktif.

Jangka hayat bateri untuk Apple Watch Series 4 baru ini adalah 18 jam.

Maklumat keputusan perlawanan bola sepak atau kapal terbang secara langsung.

Digital Crown kini dikemaskini dan direka baru. Pembesar suara baru juga 50% lebih kuat. Mikrofon kini di bawah Digital Crown. Isyarat radio untuk mengesan juga lebih tepat.

Prosesor menggunakan S4, 64bit dual core yang mana ia dua kali lebih laju.

Pengesan aktiviti lebih baik dengan accelerometer giroskop yang dua kali lebih baik. Apple Watch Series 4 akan kesan jika anda sedang jatuh (kecederaan paling tipikal di dunia). Selepas kesan jatuh, ia akan alert samada anda perlukan bantuan dan buat panggilan SOS serta berikan lokasi anda. Semuanya dilakukan dalam masa 10 saat selepas jatuh.

3 pengesan jantung baru diperkenalkan termasuk.

  1. Kadar degupan terlalu rendah.
  2. Strim ritma pergerakan anda. Notifikasi sekiranya anda perlukan bantuan doktor.
  3. Elektrokardiagram (ECG). Produk ECG pertama di dunia. Diagnos keadaan jantung anda.Hanya perlu buka saja aplikasi dalam jam. Proses dilakukan dalam masa 30 saat.

 

Ia akan dibawa masuk dengan warna emas dan kelabu dengan harga $399 dan $499 bermula 21 Septmber ini tapi bukan di Malaysia dulu kerana ia tidak termasuk dalam batch pertama Apple untuk negara-negara.

Apa komen anda?