Xiaomi Poco F1 dilancar…bila masuk Malaysia?

Share Button

Xiaomi memperkenalkan fon kuasa tinggi, Poco F1 yang menggunakan Qualcomm Snapdragon 845 dengan teknologi penyejukan LiquidCool.

Poco F1 ini mempunyai pilihan RAM 8GB dengan storan tinggi 256GB yang dijual pada harga sekitar RM1,500 saja.

Selain itu, terdapat pilihan 6GB+64GB atau 6GB+128GB pada fon yang menggunakan Adreno 630 GPU.

Xiaomi Poco F1 mempunyai 12MP + 5MP Dual Pixel AI bersama kamera depan 20MP.

Berasaskan bateri besar 4000mAh, Poco F1 mempunyai tiga warna pilihan sama ada hitam, biru atau merah.

Ia mempunyai skrin 6.18 inci 6.18″ Full HD+ (2246 x 1080),18.7:9, Gorilla Glass bersama sistem operasi Android 8.1 Oreo / MIUI 9.6.

Poco F1 dijangka masuk ke pasaran Malaysia pada bulan Oktober nanti.

Apa komen anda?