TM ubah fikiran, Unifi Basic kini untuk semua

Share Button

TM membuka pelan Unifi Basic kepada semua berbanding hanya golongan B40 sebelum ini.

Tapi, ia kekal menawarkan kuota 60GB untuk Unifi Basic yang ditawarkan kepada pelanggan dengan kelajuan 30Mbps.

Sebelum ini, ia disasarkan kepada pengguna B40 atau isi rumah RM4,500 ke bawah pada harga RM79 sebulan untuk pendaftaran baru saja.

Tempahan bermula 15 Julai lalu.

Manakala pelanggan Unifi sedia ada akan ditambah kelajuan 10 kali ganda dengan harga yang kekal.

Pelanggan 20Mbps akan menerima kelajuan baru 100Mbps, 30Mbps (ke 300Mbps), 50Mbps (ke 500Mbps) dan 100Mbps (ke 800Mbps).

Pelan yang dinamakan Turbo ini akan dilaksanakan secara automatik kepada pelanggan Unifi sedia ada dan Streamyx yang ditukar secara automatik ke Unifi bermula 15 Ogos lepas.

Lebih 340,000 pelanggan Streamyx akan terlibat dalam penukaran kepada Unifi.

Comments

Apa komen anda?