Swafoto lebih baik dengan Samsung Galaxy Note9, bukan kerana kameranya tapi…

Share Button

Kalau anda sedang keseorangan atau mengenali rakan yang memang ‘lone ranger’, mungkin anda atau beliau sangat sesuai untuk Samsung Galaxy Note9 ini.

Terutama ketika berswafoto keseorangan, tidak lagi perlu tangan panjang menekan butang shutter sehingga bergegar telefon.

Cukup dengan S Pen dalam Samsung Galaxy Note9 ini.

S Pen terus menjadi nadi dengan fungsi ditambah bluetooth untuk beberapa kegunaan. Misalnya, ia boleh menjadi butang shutter untuk kamera yang diletakkan sejauh 10 meter di atas tripod untuk merakam gambar.

Jadi anda tidak lagi perlukan satu tangan pegang kamera dan satu tangan lagi menekan butang shutter pada kamera, cukup dengan tekan saja sekali untuk rakam.

Atau tekan dua kali butang pada S Pen untuk tukar dari kamera depan ke kamera belakang.

Psst, nak ambil gambar sembunyi tanpa orang lain sedar pun boleh.

Apa komen anda?