Samsung Galaxy Note9 mampu tonton gambar ke monitor atau TV terus hanya dengan satu kabel

Share Button

Jom kita lihat senario berikut, anda sedang menggunakan telefon pintar untuk melihat beberapa dokumen penting kemudian cuba mengingatinya bagi tujuan suntingan ketika dalam perjalanan ke pejabat.

Sebaik tiba di pejabat, anda mengaktifkan PC dan memasukkan kata laluan, membuka fail dan dokumen kemudian baru mencari fail yang mahu disunting tadi.

Apa kata jika anda gunakan penyelesaian Dex pada Samsung Galaxy Note9 yang kali ini boleh disambung terus ke monitor atau TV hanya dengan menggunakan satu kabel.

Lagipun, ketika raya nanti, boleh juga anda menangkap sebanyak mana gambar dan memaparkannya ke skrin TV dengan mudah jadi semua orang boleh melihatnya dengan jelas dan terang.

Mana tidaknya, jika anda berada dalam senario tadi, apa yang perlu dilakukan hanyalah memasukkan fon anda dalam slot USB-C telefon pintar mereka kepada desktop atau TV dengan menyediakan ‘PC’ yang lancar, mudah alih, selamat dan mudah.

Note 9 menyediakan pengalaman desktop seperti berasaskan Android yang membolehkan pengguna untuk melancarkan, strim filem Netflix atau iflix daripada fon, menyunting dokumen dan melayari web pada skrin lebih besar.

Antaramuka yang dioptimumkan membolehkan pengguna untuk melakukan pelbagai tugas, menonton video dalam ‘windows resizable’, membalas mesej melalui bar tugas dan lebih terus dari telefon pintar mereka pada paparan yang lebih besar menggunakan papan kekunci dan tetikus.

Sama ada anda sedang membuat perbandingan harga dalam laman beli-belah, menonton rancangan kegemaran, menyunting gambar sambil membelek-belek galeri atau berbual dengan rakan sambil menyunting dek persembahan, Samsung Galaxy Note9 membolehkan semua itu dilakukan dengan cara yang lebih bijak selain mudah dan cepat.
   
 

Apa komen anda?