Samsung Galaxy Note9 habis

Tempahan Samsung Galaxy Note9 versi 8GB+512GB warna hitam melalui laman web rasmi Samsung Malaysia, habis.

Samsung Galaxy Note 9 secara rasmi akan dijual di Malaysia pada 24 Ogos ini dengan pra tempahan bermula 10 Ogos lepas.

Dalam pengumuman melalui Twitternya, Samsung Malaysia memaklumkanm versi 6GB+128GB masih ada.

Note 9 dijual pada harga RM4,599 (8GB+512GB) dan RM3,699 (6GB+256GB).

Pembeli di Malaysia akan menerima Samsung Galaxy Gear Watch secara percuma.

Empat warna ditawarkan iaitu midnight black, metallic copper, ocean blue dan lavender purple.

Dengan dua lensa pada kamera, satu duduk lebar dan satu lagi telefoto pada resolusi 12MP+12MP.

Kamera depan pula 5MP pada f1.7.

Malaysia akan menerima peranti berasaskan Exynos 9810 dengan skrin 6.4 inci quad HD+ Super AMOLED.

Samsung Galaxy Note 9 juga tidak lagi memerlukan DEX untuk sambungan ke TV atau monitor apabila ia dihubung terus dengan kabel USB-C.

Note 9 menggunakan audio jenis AKG Harmon dan dikatakan sangat sesuai bermain game.

Note 9 yang juga IP68 ini termasuk S Pen mempunyai perubahan kamera di mana  lensa mampu mengesan imej kabur dan  mata tertutup.