Samsung Galaxy Note9 disambut meriah di KL, jualan dibuka hari ini

Hari ini, Samsung Galaxy Note9 dijual secara rasmi selepas pra tempahan bermula 15 Ogos lepas.

Dijual pada harga RM4,099 untuk versi 8GB+512GB dan RM3,699 untuk versi 6GB+128GB, ia diterima positif di negara ini.

Di pusat beli-belah Pavilion, hampir 1,000 peminat Samsung menyerbu barisan untuk mendapatkan Note9 yang rata-ratanya tidak dapat menempah awal kerana stok tempahan habis.

Menurut salah seorang pembeli, Chee Hoi Seng, beliau datang untuk membeli Note9 kerana Pavilion lebih dekat dengan rumahnya dan tidak dapat menempah awal kerana tidak memiliki kad kredit.

“Saya datang awal tadi lebih kurang pukul 9 pagi namun ambil kesempatan sarapan sebelum beratur mendapatkan versi 6GB+128GB. Bagi saya, ia berbaloi membeli Note9 sekarang terutama dengan S Pen. Kali terakhir saya memakai Note ketika ia versi Note 2 dulu,” kata Seng.

Bagi Shafaruddin Meor Shahir, beliau mahu menukar Note FE kepada Note9.

“Dulu saya memang ada niat nak gunakan Note8 tapi terbantut sekejap kerana kurang bajet jadi sekarang bila ada rezeki lebih, saya terus ambil Note9,” katanya.

Bagi yang masih belum membeli, TheSkop tawarkan 9 trivia tentang Note9 ini.

– Kadar ROM tertinggi dalam sejarah telefon pintar di dunia.Galaxy Note 9 mempunyai versi ROM 512GB dengan RAM 8GB yang boleh lagi ditambah melalui slot kad microSD 1TB. Versi lain termasuk ROM 256GB bersama RAM 6GB.
– Empat warna ditawarkan iaitu midnight black, metallic copper, ocean blue dan lavender purple.
– Berasaskan bateri 4000mAh
– S Pen terus menjadi nadi dengan fungsi ditambah bluetooth untuk beberapa kegunaan.

– Dengan dua lensa pada kamera, satu duduk lebar dan satu lagi telefoto pada resolusi 12MP+12MP.

– Kamera depan pula 5MP pada f1.7. 

– Berasaskan Exynos 9810
– Skrin 6.4 inci quad HD+ Super AMOLED.
– Samsung Galaxy Note 9 juga tidak lagi memerlukan DEX untuk sambungan ke TV atau monitor apabila ia dihubung terus dengan kabel USB-C.

%d bloggers like this: