Samsung Galaxy Note 9 cepat sampai Malaysia

Share Button

Pengguna di Malaysia boleh menjangkakan Samsung Galaxy Note 9 akan tiba di Malaysia hujung bulan Ogos.

Samsung Galaxy Note 9 dijangka diperkenalkan ketika Samsung Unpacked bertempat di New York pada 9 Ogos jam 10 pagi atau 10 malam waktu Malaysia pada tarikh sama.

Pada yang berminat menontonya secara langsung, boleh berbuat demikian di laman web atau saluran YouTube Samsung.

Beberapa gambaran diperoleh Sam setakat ini untuk TheSkop termasuk keupayaan bateri yang lebih tahan lama. 

Namun seperti biasa, tumpuan terjurus kepada S Pen yang menjadi nadi Note khabarnya akan mempunyai fungsi Bluetooth yang juga bertindak sebagai timer atau pemasa dan butang shutter untuk kamera.

Selain itu, terdapat butang kamera khas pada peranti tersebut 

Pembaharuan kamera dengan dwi lensa juga akan diperoleh. 

Dari aspek spesifikasi lain, ia akan dilengkapkan dengan Snapdragon 845, RAM 6GB dan Android 8.1 Oreo.

Mengharapkan ROM yang besar? Khabarnya sampai 256GB juga.

Apa komen anda?