Pelan fiber baru Maxis saing TM, Time

Share Button

Maxis melancarkan pelan jalur lebar fiber pada harga yang paling berpatutan untuk pengguna am dan perniagaan.

Proposisi tanpa sekatan berasaskan konsep ‘Sentiasa Terhubung’ Maxis ini menawarkan pelanggan pengalaman Internet terunggul, disokong oleh rangkaian fiber pantas yang lebih maju serta perkhidmatan yang lebih baik.

Pelan fiber baru untuk pengguna am dan perniagaan ini ditawarkan pada kelajuan sehingga 100Mbps, pada harga 36% – 65% lebih rendah berbanding pelan-pelan sebelum ini.

Bagi pengguna am, pelan 100Mbps ditawarkan pada harga RM129 sebulan dan 30Mbps pada harga RM89 sebulan.

Sementara itu, pelanggan perniagaan boleh menggunakan pelan 100Mbps pada hanya RM139 sebulan, dan 30Mbps untuk RM99 sebulan, termasuk pilihan perkhidmatan gred perniagaan yang ‘Sentiasa Terhubung’ dan pelbagai manfaat tanpa risau.

Pelan baru fiber kediaman menawarkan Internet tanpa had dan mengupayakan pengguna untuk menikmati sebanyak mana akses Internet yang mereka inginkan, dan juga router dwi-band untuk memaksimumkan kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi.

Selain itu, pelan ini juga menawarkan perkhidmatan Maxperts, pakar-pakar Internet yang memastikan pengalaman fiber bermula dengan sebaik mungkin dan tetap baik dengan pemasangan yang menyeluruh dan sokongan jaminan.

Kelajuan ini mengupayakan penstriman resolusi tinggi, penggunaan peranti serentak, permainan (gaming) tanpa gangguan, dan banyak lagi. Pelan 100Mbps ini juga menawarkan panggilan suara tanpa had dan telefon DECT percuma, manakala pelanggan yang mendaftar untuk pelan 30Mbps boleh memilih tawaran ini.

Proposisi baharu fiber perniagaan menawarkan pelbagai manfaat gred perniagaan – sambungan ‘Sentiasa Terhubung’ untuk kesinambungan perniagaan yang lengkap dan sokongan teknikal Maxperts.

Selain itu, perniagaan juga akan menikmati router kelas perniagaan yang sudah bersedia untuk permintaan masa depan, yang akan mengupayakan peningkatan kelajuan tambahan apabila ia tersedia, dengan pilihan fleksibel tambahan untuk memilih pelbagai penyelesaian tambahan berdasarkan keperluan tertentu perniagaan.

Pakej 100Mbps adalah tawaran lengkap untuk semua jenis perniagaan dan juga panggilan tanpa had kepada semua rangkaian.

Apa komen anda?