Oppo F9 dilancar

Share Button

Hanya dengan 5 minit caj, anda sudah boleh berbual di telefon selama dua jam. Ya, itulah yang ditawarkan VOOC Flash Charge yang akan kembali ke siri F sama seperti OPPO F1s terdahulu.

Ia dibawa melalui OPPO F9 yang berharga RM1,399 dengan RAM 6GB dan storan 64GB boleh tambah ke microSD 256GB.

OPPO F9 mempunyai kamera swafoto 25 megapiksel dan dua kamera di belakang iaitu 16MP+2MP.

Peranti baru yang bakal diperkenalkan OPPO tersebut menyokong VOOC Flash Charge yang ditawarkan secara eksklusif melalui jenama tersebut.

Teknologi tersebut adalah yang pertama di dunia dengan keupayaan bukan mengecas pantas tetapi juga selamat.

Malah, cas VOOC Flash Charge yang mempunyai lima lapisan perlindungan tersebut tidak akan memberi kesan kepada prestasi telefon untuk tempoh lama.

VOOC Flash Charge menggunakan cas pantas voltan rendah yang memberi kelajuan mengecas pada konfigurasi standard iaitu 5V/4A yang empat kali lebih berkuasa berbanding teknologi cas 5V/1A.

Teknologi cas pantas ini selamat dan tidak akan menyebabkan fon panas ketika cas.

Bersaiz 6.3 inci, OPPO F9 dengan keupayaan skrin yang mempunyai nisbah skrin-ke-body 90.8% bersama tiga warna gradien seperti Sunrise Red, Twilight Blue dan Starry Purple.

Bagaimanapun, warna Starry Purple hanya akan didapati paling awal hujung September.

Apa komen anda?