Jualan Huawei Nova 3 meriah

Share Button

Lebih 5,000 peminat telefon pintar menggegarkan pusat beli belah Pavilion KL untuk membeli atau menyaksikan sendiri Huawei Nova 3 yang dijual hari ini.

Lebih menarik, acara tersebut diserikan artis Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Hafeez Mikail dan Hael Husaini.

Huawei Nova 3 warna merah juga boleh dibeli pelanggan.

Nova 3 menggunakan Kirin 970. RAM pula 6GB dengan ROM 128GB.

Huawei Nova 3 mempunyai skrin 6.3 inci FHD+ iaitu 6% lebih besar berbanding Nova 2i berasaskan nisbah skrin 19.5:9 (2340 x 1080). 

Kamera pula menyaksikan ia mempunyai kamera belakang 24MP+2MP.

Harga jualan peranti ini ialah RM1,899.

Apa komen anda?