Hanya dua telco turun harga internet, lain masih bermisteri

Share Button

Hanya dua syarikat telekomunikasi yang setuju untuk menurunkan harga harga jalur lebar mengikut Standard Mandatori bagi Penetapan Harga Akses (MSAP) yang dikuatkuasakan pada Jun lepas.

Manakala selebihnya masih belum mahu menetapkan harga baru lebih murah.

Mendedahkan perkara tersebut, Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengambil tindakan sekiranya mereka masih berdegil untuk berbuat demikian.

Menterinya, Gobind Singh Deo memaklumkan tarikh akhir ditetapkan ialah pada 31 Julai lepas namun beberapa syarikat telekomunikasi merayu untuk melanjutkan tarikh.

“Kita setuju tarikh hanya dilanjurkan sampai hujung bulan ini,” katanya.

Mendedahkan dua telco tersebut, Gobind berkata, ia adalah TM dan Maxis.

Apa komen anda?