10 Trik Kamera Huawei P20 yang ohsem dan belajar cara ‘Capture the Beauty of Malaysia’ dan gunakannya untuk memenangi hadiah-hadiah menarik!

Share Button

Huawei P20. Sebuah telefon pintar flagship yang hebat bukan saja mempunyai rekaan yang cantik tapi kamera pun memang menghasilkan gambar yang lawa.

Perubahan ketara sejak siri P pertama menjadikan Huawei semakin garang di depan malah meyakinkan sebagai pengeluar telefon pintar paling baik di dunia sekarang.

Di sebalik Huawei P20 yang hebat, sememangnya ciri kameralah yang patut menjadi sebab anda membelinya dan Sam yang telahpun mencuba kameranya mahu anda melihat tip-tip terbaik ini bukan saja kepada pembeli baru tetapi pembeli sedia ada.

1. Night Shot

Fungsi ini adalah fungsi yang menjadikan? imej paling menarik pada kamera Huawei P20.

Kalau dulu, pengguna sukar menangkap gambar dalam gelap, kini dengan fungsi Night Shot tidak menjadi masalah.

Lagi best, mod ini tidak menggunakan bantuan LED flash, sebaliknya menggunakan prosesor mempunyai NPU (Neural Processing Unit) dan bantuan AI untuk menerangkan gambar. Ya, memang ada fungsi ini pada fon lain, tapi kalau tangan anda tak stabil, memang pecah gambar.

Sebab itu, kebanyakan fungsi ini digunakan jika ada bantuan tripod akan tetapi, untuk Huawei P20 pengguna tidak perlu lagi menggunakan aksesori-aksesori lain. Satu tangan saja sudah cukup. Tengok perbezaan antara gambar di bawah:

2. Mod Wide Aperture dan jarak fokus

Mod wide aperture ini boleh membangkitkan subjek ke depan dengan mengaburkan bahagian belakang.

Apa yang anda boleh lakukan adalah buka dan pilih kamera belakang, sentuh ikon “O” di bahagian atas skrin untuk aktifkan mod wide aperture. Ketika merakam, sentuh skrin untuk pilih focal point kemudian sentuh ikon kamera untuk menangkap.

Sentuh ikon “O” di bahagian kanan bawah, dan leret kiri atau kanan untuk tetapkan tahap apertur. Lebih rendah nilai apertur, lebih baik tahap kabur background atau latar belakang.

Lebih baik, jarakkan antara 2 meter antara subjek dan kamera.

Bagaimana untuk mengunci jarak fokus anda? Setting, sentuh dan tahan butang shutter dan pilih Lock Focal Length. Sekarang anda boleh menangkap gambar tanpa kamera perlu lagi auto fokus.

3. AI dalam siri P ini

Setiap imej akan diproses secara AI apabila ia akan mengesan sehingga 19 jenis objek dirakam termasuk gambar binatang, manusia, makanan, teks, langit, pantai, mod malam, terbit matahari dan potret kemudian ‘mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakan-akan hidup.

AI dalam ciri swafoto pula mengesan bokeh secara terperinci dan menghasilkan potret lebih baik meskipun terdapat lebih daripada seorang di dalam imej.

4. Time Lapse

Gunakan time lapse untuk menangkap acara dan aksi seperti terbit atau terbenam matahari atau pergerakan awan.

Buka kamera, leret ke kanan skrin dan sentuh ikon Time Lapse. Video yang dirakam akan dimainkan semual dalam kelajuan tinggi.Sebagai contoh, boleh merakam time lapse video di KLCC ketika matahari terbenam.

5. LEICA mode

Ada tiga mod untuk digunakan iaitu Normal , Smooth atau Vivid , sesuai untuk keadaan yang berlainan seperti gambar individu hanya perlu mod normal , gambar makanan dengan mod smooth atau gambar landskap menggunakan mod vivid.

6. Mod Pro

Ciri yang anda perlu tahu. Misalya Shutter Speed yang bermakna masa shutter kamera terbuka untuk mendedahkan kepada cahaya. Sangat sesuai misalnya untuk merakam gambar air terjun dengan menetapkan bacaan paling rendah.

7. Slow-mo

Salah satu aspek yang diketengahkan untuk peranti siri Huawei P20 ialah sokongan video gerak-perlahan. Kini, video boleh dirakam sehingga 960fps di mana video berdurasi 0.2 saat dipanjangkan kepada 6 saat.

Fungsi ini juga mudah digunakan, hanya menekan butang shutter rakam video akan dimulakan secara normal selama satu saat, selepas itu akan memasuki video gerak-perlahan sehingga butang rakam ditekan semula,

8. Document Scan

Terlalu banyak dokumen untuk diimbas? Tiada masalah langsung, hanya perlu halakan kamera terhadap dokumen akanpun fungsi AI bermula automatik dan anda boleh rakam dokumen tanpa menyebabkan tulisan-tulisan tidak terang kerana P20 akan mengimbas semuanya dengan sempurna.

Anda mungkin tak perasan pun yang kamera merakam dokumen dan mungkin merasakan ia datang dari mesin fotostat.

9. Light Painting

Klik kamera dan cari light painting. Ia adalah teknik fotografi di mana ia menggunakan cahaya untuk’melukis’ dengan long exposure. Jadi anda boleh mendapatkan misalnya, ekor cahaya pada kereta yang sedang bergerak.

10. Imbas kod QR

Masih ada lagi ya! Anda juga boleh gunakan kamera untuk mengimbas kod QR yang digunakan secara meluas.

Apa yang diperlukan hanyalah halakan kamera ke mana-mana kod QR dan ia akan menyambungkan ke aplikasi atau laman web berkaitan.

Untuk mengaktifkannya, pilih ikon di hujung kanan.
boleh lihat pengembaraan anda berdasarkan lokasi

Hey! Tahukah anda semua, kitakan dalam bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia pun tidak lama lagi.

Jadi Huawei pun memang peka dengan suasana di Malaysia apatah lagi memandangkan kita mewah dengan budaya, tempat-tempat menarik, makanan dan macam-macam lagilah.

Kalau anda sedang memiliki fon Huawei terutama model P20, hey, ia peluang besar memenangi hadiah menarik sempena ‘Capture the Beauty of Malaysia’.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah Capture, Share & Win atau rakam, kongsi dan menang. Ia berdasarkan tiga kategori iaitu Scenery, Selfie atau Illustration/Drawing. Anda perlu pastikan semuanya dirakam menggunakan fon Huawei tapi sudah tentu model P20 lah paling best!

Kemudian, anda perlu like Facebook page Huawei di Huawei Mobile MY dan selepas merakam gambar menggunakan fon korang yang ohsem tu, tulis caption bermula dengan “Malaysia is truly beautiful because…” dan letakkan hashtag #HuaweiMalaysianBeauty dan pos saja di Facebook masing-masing tapi jangan lupa tetapkan pos anda kepada public ya.

Apa yang anda boleh menang? Best betul kerana ada Huawei P20 Pro, Huawei Nova 3 dan Huawei MediaPad M5 Pro. Wow!

Untuk ketahuinya lebih lanjut. Layari
Huawei Mobile MY Facebook : https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/?fb_dtsg_ag=AdwvWfdf6Gxz3tYa4FEPyx4HscPfT_Fl0O83M5XGl56nqQ%3AAdw9Cz6vnrxAFd1SUI5zuqaOkp-R2jIcWWtrHvPcajGkPQ&brand_redir=237604653060092

Capture The Beauty Of Malaysia:

Jadi, gunakan Huawei P20 anda untuk masuk pertandingan yang membawa pulang hadiah lumayan ini.

 

Tonton video tentangnya di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=304761746990889&id=187512607938684

Apa komen anda?