TM tawar pelan baru Unifi harga lebih murah

Share Button

TM mengumumkan pelan internet baru yang murah.

Berharga RM100, ia ditawarkan pada 30GB tanpa had.

Berbeza dengan pelan sedia ada, ia bagaimanapun tidak mempunyai panggilan dan UnifiTV.

Tawaran itu 40 peratus lebih rendah daripada harga pakej 30Mbps ketika ini iaitu RM199.

TM juga mengumumkan pelan unifi turbo yang menawarkan kelajuan jalur lebar dua kali ganda berbanding ketika ini.

TM akan menaik taraf kelajuan pelanggan unifi sedia ada secara berperingkat kepada lebih dua kali ganda tanpa tambahan kos bermula 15 Ogos ini.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang berkata, penurunan akan dibuat sekurang-kurangnya 25% untuk harga jalur lebar di negara ini dianggarkan turun menjelang akhir 2018.

Ia disahkan  melalui pelaksanaan Harga Akses Standard Mandatori (MSAP) yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 8 Jun tahun ini.

Misalnya, pakej Unifi RM150 akan berkurang kepada RM112.50.

Gobind juga menyasarkan untuk mempercepatkan kelajuan jalur lebar seperti negara jiran.

Apa komen anda?