TM had kuota pelanggan Unifi B40

Share Button

TM hanya menawarkan kuota 60GB untuk Unifi Basic yang ditawarkan kepada pelanggan pada pelanggan dengan kelajuan 30Mbps.

Ia disasarkan kepada pengguna B40 atau  isi rumah RM4,500 ke bawah pada harga RM79 sebulan untuk pendaftaran baru saja.

Tempahan bermula 15 Julai ini. 

Manakala pelanggan Unifi sedia ada akan ditambah kelajuan 10 kali ganda dengan harga yang kekal.

Pelanggan 20Mbps akan menerima kelajuan baru 100Mbps, 30Mbps (ke 300Mbps), 50Mbps (ke 500Mbps) dan 100Mbps (ke 800Mbps).

Pelan yang dinamakan Turbo ini akan dilaksanakan secara automatik kepada pelanggan Unifi sedia ada dan Streamyx yang ditukar secara automatik ke Unifi bermula 15 Ogos. 

Lebih 340,000 pelanggan Streamyx akan terlibat dalam penukaran kepada Unifi.

Comments

Apa komen anda?