[TIP] Cara mudah buat Group Video Chat ramai-ramai guna WhatsApp

Share Button

Pengguna WhatsApp kini boleh membuat panggilan ‘Group Video Chat’ melalui aplikasi tersebut.

Dengan maksimum 4 individu dalam satu Group Video Chat, hanya pemanggil pertama saja boleh menambah tiga lagi individu lain dalam video.

Bagaimanapun, fungsi ini hanya boleh dilakukan untuk Group. Ia bermakna, jika anda memanggil seorang individu kemudian ingin menambah individu lain pula, ia tidak boleh dilakukan.

Cara melakukan Group Video Chat seperti berikut:

  1. Kemaskini aplikasi WhatsaApp (kalau masih tidak ada, jangan risau hanya tunggu dua tiga hari lagi)
  2. Buka group yang anda mahu bervideo dengan ahli di dalamnya 
  3. Klik pada Group untuk lihat senarai ahli group.
  4. Klik seorang individu dan tekan butang video call

5. Buat panggilan video pertama. 

6. Tambah lagi individu lain selepas individu tadi menjawab panggilan 

Apa komen anda?