Telefon RAM 8GB, ROM 256GB… siapa mahu?

Share Button

Telefon dengan RAM 8GB dan storan 256GB kini dipegang ASUS Zenfone 5Z yang bakal berada di Malaysia hujung minggu ini.

Pendedahan harga juga didapati pada nilai RM2,299 saja. 

Sebelum ini, Lazada tersilap menawarkan spesifkasi ditawarkan ialah RAM 6GB dan ROM 128GB berbanding spesifikasinya yang melangkau 8GB+256GB.

Dengan set cip Snapdragon 845, 64-bit Octa-core 

Ia mempunyai dua kamera dengan Night HDR & Ultra Wide View. 12MP, F1.8, Sony IMX363 manakala satu lagi juga 12MP. 

Kamera depan pula 8MP, F2.0.

Berasaskan skrin 6.2-inci Full HD+, 19:9 Display Super IPS+, nisbah 90% screen-to-body dicatatkan.

ASUS Zenfone 5Z datang dengan bateri 3300mAh BoostMaster & AI Charging

Ia juga beoperasi pada Android Oreo dan ZenUI 5.0.

Apa komen anda?