Samsung Galaxy Note 9 – suka atau kecewa?

Share Button

Samsung Galaxy Note 9 dijangka dilancarkan pada awal Ogos ini.

Tarikh 9.8.2018 menjadi pilihan dengan sasaran memandang pesaing iaitu iPhone X.

Dalam gambar terdedah, rekaan Note 9 sama seperti Note 8 namun tiada sokongan sensor cap jari pada skrin.

Terdapat sedikit perubahan pada kedudukan pengimbas cap jari pada belakang Note 9 di mana dwi Kamera diubah kedudukan kepada melintang.

Samsung Galaxy Note 9 juga khabar nya membawakan skrin AMOLED yang lebih terang di samping kapasiti bateri melangkau 4000mAh.

Lebih berat berbanding Note 8, ia disebabkan bateri yang lebih besar dengan RAM 6GB bukan 8GB seperti digambarkan sesetengah pihak.

Cuma storan tinggi saja ditawarkan pada 128GB atau 256GB l.

Paling penting, perubahan S Pen baru yang mempunyai sokongan Bluetooth

Comments

Apa komen anda?