Rileks, PayWave masih selamat

Share Button

Teknologi PayWave dan PayPass melalui Visa atau Mastercard yang ditawarkan pihak bank mempunyai tahap  keselamatan yang tinggi dan lebih baik berbanding kaedah leret atau swipe.

Pakar Keselamatan Internet Kanan, Adli Wahid, memaklumkan pihak bank sudah mengenalpasti masalah seperti dalam Video yang ditularkan melalui grup WhatsApp dan Facebook.

“Untuk membuat bayaran, memang perlu tidak perlu sentuhan fizikal antara kad dan mesin cuma dalam video tular tersebut tidak dipastikan sama ada kad berada dalam dompet atau sekadar dalam poket saja. Kalau ia dalam dompet, memang sukar untuk pembayaran dibuat,” katanya.

Katanya, mesin itu pula akan berdaftar dengan pihak bank yang menyukarkan transaksi  meragukan berlaku.

“Lagipun Visa dan pihak bank pun akan menebus kembali kerugian jika berlaku transaksi meragukan kepada pemimpin kad kerana semua mesin sudah mendapat pengesahan dan bukan sebarangan mesin boleh melakukannya,” katanya.

Malah, transaksi tidak melebihi RM250. Jika melebihi angka tersebut, nombor PIN diperlukan.

“Tambahan lagi, bank turut akan menggantikan semula duit jika laporan fraud dibuat,” katanya.

Namun, Adli menasihatkan pengguna menyemak terma penggunaan kad cashless ini dengan pihak bank masing-masing.

Adli adalah seorang pakar berpengalaman sebagai penasihat keselamatan siber di agensi keselamatan negara dan sektor perbankan.

“Kalau pengguna masih tidak yakin, anda boleh ikut cara menggunakan dompet kalis gelombang isyarat sesuai untuk mana-mana benda berasaskan RFID,” kata Azli. 

Untuk rekod, pengesahan antara terminal penerima dan kad memerlukan jarak antara 2.5cm ke 5cm. 

Adli berkata penggunaan PayWave lebih selamat berbanding swipe.

Apa komen anda?