Harga Huawei Nova 3, Nova 3i sah bawah RM1,900

Share Button

Sah! Dua model Nova akan diperkenalkan Huawei esok iaitu Nova 3 dan Nova 3i.

Nova 3 dan Nova 3i yang masing-masing mempunyai empat kamera iaitu dua di depan dan dua di belakang.

Huawei Nova 3 berharga kurang RM1,899 manakala Nova 3i pula kurang RM1,249.

Uniknya, Huawei dikatakan membawakan fungsi AI pada kamera depan dengan 8 senario langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas, malam dan wajah.

Model Nova 3i akan menggunakan prosesor Kirin 710 iaitu 4 x cortex A73 2.2GHz+ 4 x cortex A53 1.76GHz.

Manakala Nova 3 akan menggunakan Kirin 970.

Manakala RAM pula 4GB (Nova 3i) dan 6GB (Nova 3) dengan ROM 128GB.

Khabarnya, Nova 3i mempunyai skrin 6.3 inci FHD+ iaitu 6% lebih besar berbanding Nova 2i berasaskan nisbah skrin 19.5:9 (2340 x 1080). Skrinnya lebih cerah berbanding Nova 2i dengan 85% warna NTSC gamut.

Jika Nova 2i mempunyai ratio-to-body 76%, Nova 3i pula 81%.

Menariknya, ia dikatakan mempunyai watna aurora gabungan violet dan biru. Untuk rekod, warna Twilight pada P20 Pro adalah ungu dan biru.

Kamera pula menyaksikan ia mempunyai kamera belakang 24MP+2MP.

Apa komen anda?