Hannah Delisha suka A…………

“Hannah suka ciri AI dan low light sebab tak perlu lagi Hannah nak setup apa-apa bila ambil gambar,” itulah antara pilihan ciri Hannah Delisha apabila diajukan soalan tentang model terbaru Huawei Nova 3 dan Nova 3i.

Bukan sekadar jawapan ‘selamat’ memandangkan beliau duta bagi produk Nova, Hannah kelihatan memahami ciri-ciri unik Nova 3 dan Nova 3i tanpa kekok menggunakan fon ini.

Tidak sekadar itu, Hannah sendiri mampu mengajar pengguna yang ada ketika pelancaran Huawei Nova 3 dan Nova 3i tentang fungsi-fungsi dalam telefon tersebut selain berswafoto bersama.

“Tentulah ciri AI membantu menangkap gambar kerja a ia secara automatik mengesan kesesuaian keadaan persekitaran dan objek. Lagi-lagi boleh pula digunakan untuk kamera depan bagi AI ini,” kata Hannah.

Huawei Nova 3i berharga RM1,249 manakala Nova 3 pula RM1,899.

Uniknya, Huawei dikatakan membawakan fungsi AI pada kamera depan dengan 8 senario langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas, malam dan wajah.

Model Nova 3i akan menggunakan prosesor Kirin 710 iaitu 4 x cortex A73 2.2GHz+ 4 x cortex A53 1.76GHz.

Manakala Nova 3 akan menggunakan Kirin 970.

Manakala RAM pula 4GB (Nova 3i) dan 6GB (Nova 3) dengan ROM 128GB.

Khabarnya, Nova 3i mempunyai skrin 6.3 inci FHD+ iaitu 6% lebih besar berbanding Nova 2i berasaskan nisbah skrin 19.5:9 (2340 x 1080). Skrinnya lebih cerah berbanding Nova 2i dengan 85% warna NTSC gamut.

Jika Nova 2i mempunyai ratio-to-body 76%, Nova 3i pula 81%.

Menariknya, ia dikatakan mempunyai watna aurora gabungan violet dan biru. Untuk rekod, warna Twilight pada P20 Pro adalah ungu dan biru.

Kamera pula menyaksikan ia mempunyai kamera belakang 24MP+2MP.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: