Gajet wajib ketika travel – Yoobao

Share Button

Tahu tak gajet apa yang wajib ada kalau korang ‘travel’?

 

Korang mungkin mempunyai beberapa telefon pintar serta tablet, kamera GoPro dan macam-macam lagi yang dibawa ke mana saja tidak kira ketika berada dalam negara atau luar kawasan.

 

Dah tentu, dengan beban bergerak ke sana sini memerlukan aksesori yang membantu menguruskan kabel dan tenaga ketika mengecas atau menyambungkannya ke peranti.

 

Sebab itu, seronok sungguh apabila Sam menarik nafas lega dengan set Travel Approved yang dihasilkan Yoobao kerana ia amat membantu dalam urusan tersebut.

 

 

Hey, siapa tak kenal Yoobao. Sangat popular dengan pengeluaran powerbank.

 

Bagi kita yang mengembara ke pelbagai tempat ini, bekalan kuasa berterusan penting dan sering kita lihat mereka membawa pelbagai jenis blok kuasa bagi mengecas peranti mereka.

 

Lebih menjerihkan, jika setiap satu daripadanya mempunyai keperluan tenaga yang tertentu pasti memberi masalah besar.

 

Tapi, Yoobao Travel Approved mempunyai penyelesaian pengecasan yang baik dengan tiga akesori diberikan sekaligus iaitu powerbank, adaptor universal dan kabel 3-dalam-1.

 

Satu pakej saja sudah cukup untuk menyediakan anda dengan kelegaan ketika travel. Ketika kawan anda tanya pun selepas habis bateri selepas seharian menangkap gambar, mudah saja korang bole jawab,”aku ada powerbank” jangan risau.

 

 

Lengkap pula dengan kabel 3-dalam-1 bermakna apa saja fon boleh dicas.

 

Sudah pasti ia keperluan ketika mengembara. Bayangkan, anda gunakan telefon untuk menangkap gambar, Google Map, meng’Google’ tempat menarik dan menggunakan pelbagai apps jadi bateri memang cepat kering.

 

Memilih powerbank memang nampak biasa dan tidak meremehkan namun kalau silap membeli memang amat merugikan.

 

Antara ciri yang perlu diberi tumpuan ketika memilih powerbank termasuk harga, keupayaan dan ketahanannya sama ada lasak atau kapasiti bateri pada saiz kompak.

 

Atas alasan terbabit, Sam mencuba Yoobao dan mendapati ia powerbank patut dimiliki terutama jika anda membawa banyak gajet lain bersama yang memerlukan cas pantas.

 

 

Yoobao berkapasiti 12000mAh mempunyai rekaan yang ringkas dan minimalis namun saiznya berukuran nipis memang mudah dibawa ke mana saja.

 

Melihat pada bentuk fizikal, ia mempunyai dua slot port USB dengan skrin LED pada permukaan sama sebagai indikator.

 

Difahamkan, ia mendapat pengiktirafan antara powerbank paling selamat di dunia. Jadi, anda tidak perlu risau ketika membawanya menaiki pesawat atau menyimpannya dalam beg ‘hand carry’ korang.

 

Apa komen anda?