Bukan satu tapi 2 Huawei Nova Khamis ini.

Share Button

Huawei akan melancarkan bukan satu tapi dua model Nova pada Khamis ini.

Dalam sumber bukan dari Malaysia yang memaklumkan kepada TheSkop, Huawei Nova tersebut adalah Nova 3 dan Nova 3i yang masing-masing mempunyai empat kamera iaitu dua di depan dan dua di belakang.

Uniknya, Huawei dikatakan membawakan fungsi AI pada kamera depan dengan 8 senario langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas, malam dan wajah.

Model Nova 3i akan menggunakan prosesor Kirin 710 iaitu 4 x cortex A73 2.2GHz+ 4 x cortex A53 1.76GHz.

Manakala Nova 3 akan menggunakan Kirin 970.

Manakala RAM pula 4GB (Nova 3i) dan 6GB (Nova 3) dengan ROM 128GB.

Khabarnya, Nova 3i mempunyai skrin 6.3 inci FHD+ iaitu 6% lebih besar berbanding Nova 2i berasaskan nisbah skrin 19.5:9 (2340 x 1080). Skrinnya lebih cerah berbanding Nova 2i dengan 85% warna NTSC gamut.

Jika Nova 2i mempunyai ratio-to-body 76%, Nova 3i pula 81%.

Menariknya, ia dikatakan mempunyai watna aurora gabungan violet dan biru. Untuk rekod, warna Twilight pada P20 Pro adalah ungu dan biru.

Kamera pula menyaksikan ia mempunyai kamera belakang 24MP+2MP.

Apa komen anda?