Beli mesin cetak 3D di TM 3Ducation Hackathon 2018

Share Button

Oleh Anas

Boleh cetak sendiri pen korang. Itulah yang ada pada mesin pencetak 3D yang kini dijual murah. 

Ketika TM 3Ducation Hackathon 2018 yang berlangsung baru-baru ini, ruangan pameran hasil-hasil seni 3D dan mesin cetak 3D dipamerkan untuk tatapan umum. 

Mesin cetak 3D pelbagai saiz juga sehingga sekecil pen juga ada di promosikan. Tidak terhenti disitu, ada juga mesin-mesin cetak 3D yang dijual dengan potongan harga sehingga 50%.

TM 3Ducation Hackathon 2018 adalah salah satu inisiatif oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Creative Mind bagi mempromosi dan memberi penerangan berkenaan 3D Modeling dan pencetakan kepada guru-guru diseluruh Malaysia. 

Program persidangan dua hari itu yang dirasmikan oleh Pengurusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET, Nurul Izzah Anwar dan diiringi oleh Dr Ihsan Ismail (Ketua Unit Pusat STEM Negara) dan Prof Madya Dr Mohammad Tazli bin Azizan (Pengarah, Center for Excellence in Teaching & Learning, CETal).

Acara ini yang mana menyasarkan penyertaan daripada guru sekolah, agensi dan wakil GLC, wakil universiti dan syarikat teknologi tempatan yang mana terlibat secara langsung dalam penggunaan teknologi rekabentuk 3D dan pencetakan di dalam sektor masing-masing, turut terlibat wakil-wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Persidangan ini memberi satu platform perkongsian idea berkenaan perlaksanaan pendidikan tiga dimensi (3D) dalam sekolah dan mencari penyelesaian semasa dalam tiga aspek iaitu pendidikan, persekitaran dan sosial.

Program dua hari yang bertempat di MAGIC Cyberjaya, turut disertai beberapa lagi agensi seperti MARA,MDEC dan beberapa Universiti Swasta iaitu MMU, Uniten dan UTP.

Apa komen anda?