Ada sesuatu TM nak umum esok

Share Button

TM bakal mengumumkan harga baru pelan internet esok.

Syarikat tersebut sudah menghantar jemputan akan mengadakan satu sesi taklimat media khas untuk memaklumkan kepada wakil-wakil media berkenaan perkembangan terkini.

Sesi Taklimat Media berkenaan akan dipengerusikan oleh Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM dan Nor Fadhilah Mohd Ali, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, TM.

Pengumuman tersebut juga berkaitan laporan kewangan syarikat.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang berkata, penurunan akan dibuat sekurang-kurangnya 25% untuk harga jalur lebar di negara ini dianggarkan turun menjelang akhir 2018.

Ia disahkan melalui pelaksanaan Harga Akses Standard Mandatori (MSAP) yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 8 Jun tahun ini.

Misalnya, pakej Unifi RM150 akan berkurang kepada RM112.50.

Gobind juga menyasarkan untuk mempercepatkan kelajuan jalur lebar seperti negara jiran.

Apa komen anda?