U Mobile dah gila (baca: tanpa had)

Share Button

U Mobile jadi gila. Pelan-pelan terbaru U Mobile bergelar Giler Unlimited menawarkan data tanpa had bagi semua aplikasi telefon pintar pada harga yang menarik iaitu RM50 untuk pelan pascabayar GX50 dan hanya RM30 untuk pelan prabayar GX30.

 

Ditawarkan padaharga yang sangat berpatutan, Giler Unlimited juga tidak mempunyai batasan masa atau penggunaan, tidak seperti pelan-pelan lain yang terdapat di pasaran hari ini. Dengan itu, para pelanggan boleh strim muzik dan video, menghantar mesej sosial dan melayari media sosial, bermain permainan mudah alih dan strim secara langsung setiap hari pada bila-bila masa tanpa risau.

 

“U Mobile sentiasa mementingkan penciptaan idea tanpa batasan supaya para pelanggan dapat memaksimumkan pengalaman gaya hidup digital mereka. Kami percaya bahawa Giler Unlimited akan menjadi tanda aras yang baru bagi industri ini kerana anda boleh menikmati data tanpa had bagi semua aplikasi telefon pintar anda setiap hari pada bila-bila masa, bermula dengan harga serendah RM30. Sekali lagi, tiada batasan — hanya pengalaman yang tidak terhad, tanpa risau. Giler Unlimited terbukti tawaran yang terbaik di pasaran,” kongsi Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, mengenai pelan yang unik ini.

Pelan pascabayar GX50, selain mempunyai data tanpa had bagi semua aplikasi, juga mempunyai panggilan tanpa had dan kuota kawasan khas yang PERCUMA sebanyak 5GB. Bagi pelan prabayar GX30 pula, para pelanggan dapat menikmati data tanpa had dengan kuota kawasan khas yang PERCUMA sebanyak 3GB pada harga RM30 sahaja. Ini bersamaan dengan RM1 sehari, tawaran nilai yang terbaik bagi para pelanggan.

 

Pelan-pelan Giler Unlimited ini boleh didapati dari semua kedai U Mobile di seluruh negara mulai hari ini.

Apa komen anda?