[TEST PRODUK] Honor 10 betul-betul syok guna

Share Button

Tahukah anda sesuatu yang sangat menarik untuk dimilki? Sebuah fon yang dinamakan Honor 10. Harganya memang berbaloi namun di sebalik harga yang berpatutan terbabit anda jangan terkejut dengan apa yang ditawarkan.

Mengapa Honor 10 lebih berbaloi dari sekadar harganya? Ya, telefon Honor yang flagship dengan harga RM1,599 saja.

Penulis melihat pandang pertama telefon ini saja memperlihatkan rekaannya memang cantik dengan Honor 10 menggunakan gabungan rekaan kaca di bahagian depan serta belakang melalui aluminium frame di bahagian tepi. Senibina Aurora Glass yang memuatkan 15 lapis warna memberikan kesan menarik bila dilihat pada setiap sudut.

Rekaannya dibuat di Paris Aesthetics Center yang menggabungkan warna Phantom Blue dan Phantom Green menghasilkan warna yang cantik nampak sangat elegan dan eksklusif pada rekaan Honor 10.

Pada saiz 5.84 inci, is sebenarnya skrin FullView yang  menawarkan saiz sebenar hujung ke hujung iaitu skrin tanpa bezel. Kualiti  paparan? Lebih  hebat dari mana-mana flagship pada harga tersebut, Honor 10 dengan 19:9 FHD+ yang tinggi.

Paparan 19:9 FHD+ FullView pada Honor 10 ini hampir sama dengan nisbah 21:9 yang digunakan dalam panggung wayang. Sudah pasti, menonton siri atau filem tak lagi membosankan. Dari aspek ini saja, perbelanjaan anda untuk fon cukup berbaloi.

Skrin FullView pula memudahkan kerja. Bak kata orang, senang nak buat ‘multitasking’ dengan skrin yang besar pada badan fon yang senang pegang. Ia dibolehkan dengan fungsi split screen hanya dengan sekali sentuh saja untuk mengaktifkannya.

Honor 10 ini mempunyai dua kamera AI di belakang menukar seorang yang amatur kepada jurugambar profesional.

Kamera utama dengan AI dibantu prosesor Kirin 970 di mana ia mampu mengesan 500+ senario melalui 22 kategori dalam masa sebenar. Antara yang pantas dikesan termasuklah langit, tanaman, manusia dan air terjun kemudian mengesan pula lokasi gambar dirakam.

AI pada kamera juga pula mengesan pelbagai objek dalam satu imej gambar.

Ia mengubah tetapan kamera anda secara automatik untuk membantu meningkatkan skil seperti gambar landskap. Paparan warna akan disesuaikan dengan visual yang vivid seolah ia dirakam mata anda.

Merakam gambar makanan pun sama apatah lagi ia antara aktiviti utama dilakukan dengan fon anda.

Ciri potrait lighting juga ciri baru yang menarik untuk menghasilkan potret bokeh. Dengan AI, sebaik ia merakam gambar anda, ia akan mengesan wajah dan secara automatik juga mengesan posisi dan skala antara individu dan latar belakang kemudian menetapkan gambar pada bokeh yang sesuai.

Dalam potrait lighting juga terdapat pencahayaan yang benar-benar sesuai untuk gambar-gambar yang kreatif. Misalnya, soft lighting, split lighting, butterfly lighting, stage lighting dan classic lighting.

Kamera depan pun tidak kurang hebatnya apabila kamera 24 megapiksel tersebut mempunyai keupayana mengesan wajah 3D, optimumkan perincian pada wajah, mengesan lebih banyak poin dalam wajah untuk ketepatan muka manusia.

Kemudian, ada pula groufie yang merakam gambar beramai-ramai kemudian latar belakang dikaburkan secara automatik. Ya! Ia dilakukan dengan Honor 10.

Gambar-gambar yang dirakam akan disusun kemas dalam fail melalui Smart Gallery memudahkan anda melihat kembali dan mengaitkannya dengan memori yang anda ingat.

Apa akan jadi? Ia menghasilkan kesan bokeh pada swafoto yang nampak sangat asli. Bukan itu saja, anda boleh tetapkan ‘beauty level’ mengikut kesesuaian.

Kamera depan pula mempunyai satu ciri menarik dipanggil Gesture Control yang membenarkan anda pose dengan lebih baik. Apabila anda lambaikan tangan, kamera depan Honor 10 akan mengaktifkan masa selama 2 saat sebelum merakam gambar.

Ada juga mod panorama pada kamera depan. Terima kasih kepada wide angle yang ada, anda hanya perlu leret ke kiri pada kamera dan pilih panorama. Tekan butang shutter dan rakam foto pertama.

Hey, jangan ingat ada itu saja! Cuba pula Moving Picture yang membolehkan anda mendapat video pendek 3 saat setiap kali anda menekan butang shutter ketika mengambil gambar.

Konfigurasi Honor 10 ini memang premium dengan prosesor 16nm octa-core Kirin 970 yang juga cip flagship sudah dipasang dengan 2.4GHz dan juga GPU menghasilkan fon yang laju! Bermain game? Tiada masalah.

RAM 4GB pula memang banyak membantu kelancaran tapi paling syok, storan 128GB dah cukup banyak untuk anda simpan apa saja daripada aplikasi-aplikasi hingga gambar-gambar tanpa perlu risau dengan simpanan penuh.

Saiz bateri sebesar 3,400 mAh dengan sokongan Honor Super Charge 5V/4.5A yang membolehkan phone ini hanya memerlukan masa 25 minit untuk memberikan kadar caj dari 0% ke 50%.

Ciri Fingerprint identification 4.0 pula menjadikan operasi lebih lancar apabila pengimbas cap jari mampu membuka fon dengan pantas iaitu selaju 0.25s. Selain dari sensor cap jari, Honor 10 juga dilengkapi dengan fungsi Face Unlock yang membolehkan phone ini mengenali wajah pemiliknya dan menjadikan proses untuk membuka phone sangat mudah dengan hanya melihat sahaja.

 

Siapa tidak tahu pada EMUI 8.0 yang dikuasakan Android 8.0 menjadikan prestasi dilajukan apabila menghasilkan 30% kurang fragments dan 50% penambahan pada kadar identifikasi tabiat pengguna.

EMUI 8.1 juga menjadikan Honor 10 lebih pintar apabila menyusun aplikasi dibuka secara cemerlang apabila fon berada dalam keadaan melintang.

Selain itu, paparan FullView dilengkapi fungsi Anti-mistouch yang mengenalpasti 65 senario apabila anda mungkin tersalah tekan pada skrin misalnya, pipi, tangan, beg dan banyak lagi daripada menjadikan paparan pada skrin hilang, mengurang pembaziran tenaga dan tertekan skrin.

Lebih menarik apabila fon ini akan memaparkan visual mengikut keselesaan mata anda. Misalnya anda sedang menonton video dalam gelap untuk tempoh masa yang lama, Honor 10 akan mengurangkan jumlah cahaya untuk mengelakkan sakit mata.
Mahu membelinya dengan harga RM1,599? klik antara dua link di bawah:

 

https://shopee.com.my/honormy.officialstore?utm_source=skop&utm_medium=adv

https://www.hihonor.com/my/index.html?utm_source=skop&utm_medium=adv

 

Apa komen anda?