Syawal berbaki, ini pesan Syed Saddiq pada belia digital

Share Button

Perkembangan teknologi semakin maju dan kemudahan mengakses dunia tanpa sempadan kini mudah serta di mana-mana saja, sehingga boleh dibawa bersama balik ke kampung ketika pulang bercuti pada musim perayaan ini baru-baru ini.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata Hal ini sedikit sebanyak turut memberi impak keceriaan menyambut Syawal sekiranya ada di kalangan belia yang tidak pandai mengimbangi kegunaan gajet sedia ada dan sepatutnya dimanfaatkan bagi kebaikan serta kemudahan teknologi berkenaan.

“Apabila pulang ke kampung pada lebaran, ayah ibu atau datuk nenek sudah pasti tidak sabar menunggu kepulangan anak cucu ke kampung untuk sama-sama beraya.” Katanya.

Lagipun, bagi mereka yang jarang bertentang mata, berjumpa hari lebaran yang disambut sekali setahun bagaikan sudah pasti mengubat segala kerinduan dan masa untuk mengeratkan silaturrahim. 

Malaysia mempunyai penembusan telefon pintar melebihi 100% malah mengikut statistik InternetLive, Malaysia menduduki tangga ke-30 negara yang aktif dalam penggunaan internet dengan lebih 21 juta pengguna internet pada 2016 saja dalam kajian. Sudah pasti ia semakin bertambah saban tahun.

 

“Telefon pintarlah antara gajet yang tidak ditinggal di belakang pada musim raya ini. Keperluannya tidak dinafikan, membantu pemanduan, merakam detik indah dan banyak lagi tapi apabila bersama keluarga yang hanya berjumpa setahun sekali, letak tepi dulu telefon tersebut.” Kata Syed Saddiq.

Menghampakan hati orang tua apabila detik manis yang dinanti-nantikan sekian lama, tidak berlaku seperti diharapkan. Tidak dinafikan, budaya balik kampung masih menjadi tradisi pada hari lebaran namun senario dikecapi tidak sama seperti dulu.

“Kegembiraan menyambut Syawal beraya bersama orang tua untuk bermesra serta menambah erat tali persaudaraan kekeluargaan dan silaturahim bagaikan pudar sebaik anak cucu yang balik ke kampung bersikap individualistik kerana semuanya leka dengan gajet masing-masing.

Oleh Itu, mari kita mengenang kenbali konsep meraikan sambutan Aidilfitri itu sendiri yang disambut tanda kemenangan beribadah selama sebulan dan kedatangannya bukan saja meraikan keseronokan, tetapi juga merapatkan ukhuwah sesama Muslim dan masyarakat keseluruhannya. Syawal yang berbaki masih cukup masa untuk kita eratkan hubungan bertentang mata apabila adanya rumah-rumah terbuka dianjurkan.” Tambah Syed Saddiq

Jom kita layan saudara mara, rakan taulan, ibu bapa, datuk nenek dengan senyuman dan wajah ceria yang mereka takkan lupakan sepanjang hidup mereka.

Apa komen anda?